E-RPPG
E-RPPG bermaksud Computer Enable - Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Guru. Saya mula membangunkannya semasa menjadi Guru Besar di SK Pintas Raya pada tahun 2005. Di sekolah ini juga ia mula digunakan sebagai percubaan oleh guru-guru PPSMI. Saya menggunakan kumpulan guru-guru ini kerana mereka berpeluang menggunakan Laptop tetapi mereka belum cukup terlatih menggunakannya. Penggunaan E-RPPG merupakan latihan yang sangat berkesan kepada guru-guru. Dalam tempoh enam bulan pertama banyaklah kelemahan ditemui dan perlu dipinda beberapa kali. Guru-guru berkenaan menerima dengan baik dan telah mencandangkan beberapa perkara perlu ditambah bagi menambahbaik sistem ini. Di akhir tahun yang sama lahirlah ERPPG yang lengkap, berkesan dan mudah digunakan. Berkesan bermaksud memenuhi keperluan pemantauan oleh Guru Besar dan pihak Nazir serta boleh menjadi bahan rujuk kepada guru-guru semasa melaksanakan pengajarannya. Pada tahun 2006 saya dipindahkan bertugas di SK Seri Rejo Sari. Berapa pindaan telah dilakukan ermasuklah, pemantauan secara online, hubungan terus ke laman-laman web berkaitan, rujukan Rancangan Pelajaran Tahunan dan terakhirnya ialah memasukkan item KPI semasa menyediakan RPPG ini.
MATLAMAT
Mengwujudkan budaya kerja baru yang lebih sesuai dengan ilmu dan
kemahiran guru serta mengikut arus perkembangan pendidikan ke arah
pembestarian dan memperkasakan sekolah kebangsaan.
OBJEKTIF
1. Mampu meningkatkan kemahiran guru menggunakan komputer.
2. Penegasan khusus dalam Pemulihan Dalam Kelas (PDK)
3. Penegasan khusus dalam penggunaan CDI.
4. Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran yang lebih lengkap.
5. Pemantauan yang lebih mudah dan menyeluruh.
6. Pemantauan pengajaran guru semasa ‘mengganti’ guru lain.
7. Memudahkan Guru Besar membuat penilaian Prestasi.
8. Boleh dihubungkan dengan fail data yang lain.
9. Menyimpan Rekod pelajar.
10. Menyimpan Rekod Aktiviti guru.
11. KPI sebagai 'kayu ukur' perlaksanan aktiviti guru dalam bilik darjah
12. Ke arah sekolah bestari.
12. Ke arah sekolah bestari.
SASARAN TAHUN 2008
Bangunan Makmal Komputer sekolah ini telah siap dibina dan pembekalan peralatannya yang dijangkakan lengkap sepenuhnya di akhir tahun depan. Kemudahan Makmal Komputer ini diharapkan dapat digunakan dalam melaksanakan E-RPPG sepenuhnya. Persediaan awal telah dijalankan dengan memasang 4 buah Access Point bagi membolehkan Rangkaian Tanpa Wayar
berfungsi meliputi sebahagian besar kawasan sekolah. Setiap guru bolehlah meletakkan Folder E-RPPG dalam Server Makmal Komputer untuk menyimpan semua RPPG harian mereka. RPPG harian dan lain-lain laporan perlu dicetak untuk rujukan dan salinan. Rangkaian Tanpa Wayar membolehkan guru-guru melakukan tugas ini dari mana-mana kawasan sekolah. Bagitu juga Guru Besar boleh melakukan pemantauan RPPG guru dengan mudah dan pada masamasa
yang difikirkan sesuai.
No comments:
Post a Comment